KURSUS PAKEJ IR 4.0

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini merupakan gabungan kepada Kursus Pembangunan Aplikasi Android dan Kursus Asas Robotik & IoT (Arduino).

Arduino merupakan kit elektronik atau papan rangkaian elektronik Open Source yang boleh digunakan bersama komponen elektronik yang lain. Arduino boleh digunakan sebagai sistem kawalan untuk projek-projek elektronik.

MIT App Inventor membantu membangunkan aplikasi Android dengan menggunakan sistem antara muka dan blok pengaturcaraan yang mudah.

OBJEKTIF KURSUS

  • Mengenali komponen asas elektronik
  • Membuat sambungan komponen elektronik
  • Mempelajari pengaturcaraan asas Arduino
  • Mengetahui cara memuat naik kod ke dalam Arduino
  • Mereka bentuk paparan/antara muka aplikasi Android
  • Membina fail aplikasi Android (.apk) dan Android App Bundles (.aab)
  • Memuat naik aplikasi Android di telefon pintar atau tablet

PENGISIAN UTAMA

Setelah tamat kursus, peserta mampu:-

  • Memahami asas robotik menggunakan Arduino
  • Membangunkan projek-projek elektronik menggunakan Arduino
  • Membangunkan aplikasi Android yang interaktif melibatkan pelbagai jenis komponen dalam MIT App Inventor
  • Memuat naik aplikasi Android di telefon pintar/tablet

MAKLUMAT KURSUS

  KURSUS  PAKEJ IR 4.0

  TEMPOH KURSUS : 2 HARI

  TAHAP KURSUS : ASAS  

KUMPULAN SASARAN

  • Pelajar sekolah
  • Pelajar lepasan SPM/STPM
  • Pelajar universiti
  • Sesiapa yang berminat untuk membuat projek elektronik dan aplikasi

PENDAFTARAN

PREVIEW KURSUS

PILIHAN CARA BAYARAN :

  • Bayar secara tunai di premis kami
  • Bank in di mesin ATM*
  • Bayaran secara atas talian*

  *Bayaran boleh dibuat kepada:

  Nama : FH TRAINING CENTER
  No. Akaun   Bank: 03090010063923
  Nama Bank: BANK ISLAM

  Selepas bayaran dibuat, satu salinan transaksi sebagai bukti pembayaran boleh dihantar kepada pihak kami melalui:
  Email: fhtrainingctr@gmail.com
  WhatsApp: 011-1029 6018