Tentang Kami
FH TRAINING CENTER adalah sebuah syarikat berdaftar di Malaysia sejak tahun 2018. FH TRAINING CENTER terletak di Lot 21, Kampung Alor Pasir, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. FH Training Center telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Terdapat tiga khidmat utama yang ditawarkan iaitu latihan & kursus komputer, perundingan & tempahan projek serta jualan desktop terpakai.
Kami menawarkan kursus komputer secara praktikal kepada agensi kerajaan, sektor swasta dan juga individu. Kursus yang ditawarkan juga sesuai untuk pelbagai peringkat usia seperti pelajar sekolah, pelajar lepasan SPM/ STPM, pelajar universiti dan orang awam.
FH TRAINING CENTER menyediakan kemudahan makmal dan ruang pembelajaran yang selesa seperti komputer desktop, sambungan internet (WIFI), pendingin hawa, TV, ruang rehat dan ruang solat.
Antara pelanggan FH Training Center sejak penubuhannya adalah IPG Kampus Sultan Mizan, Kolej Komuniti Pasir Mas, Kolej Komuniti Kok Lanas, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan SMK Hamzah (2).
Dengan penuh keyakinan, kami berharap agar FH TRAINING CENTER akan terus menerima sokongan daripada anda semua. Kami juga berusaha untuk menyediakan modul-modul latihan yang terkini dan mengikut kehendak pasaran semasa.
Visi
Menjadikan FH TRAINING CENTER sebuah pusat latihan komputer yang terbaik di kalangan syarikat bumiputera di Malaysia yang mampu melahirkan para peserta yang mahir dalam pelbagai perisian komputer, berdaya saing dan celik ICT.
Misi
Memberikan perkhidmatan perundingan dan pengajaran modul berkaitan perisian komputer yang efektif kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada peserta yang ingin memantapkan lagi kemahiran di dalam bidang ICT.
Objektif
- Menyediakan kursus perisian komputer yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran semasa.
- Menyediakan peluang maksimum kepada semua lapisan masyarakat bagi mengikuti pembelajaran dalam pelbagai bidang perisian komputer.
- Menyediakan khidmat perundingan yang terperinci berkaitan perisian / aplikasi komputer.